Tuesday 16 March 2021

   Lama aku tinggalkan dunia pernulisan ni. Bahkan aku sendiri keliru sama ada pernulisan itu ada 'r' atau tiada. Tapi biarlah, membiarkannya sama seperti aku biarkan dunia ni berlalu laju pergi seolah langsung tak menoleh ke belakang melihat sama ada aku masih mampu ikutkan langkahnya atau tidak. Biarlah. Kita ikutkan pace kita sahaja tanpa perlu tergesa gesa ikutkan pace mereka yang ada disekeliling kita. Mungkin aku akan mula menulis seperti dahulu sebab aku rasa dunia ni perlu tahu apa yang aku lihat dan telah lihat dari sudut pandangan aku. Hurmm dari sudut pandangan yang langsung tak pentimg untuk sesiapa. Hahaha tapi biarlah. Itulah prinsipnya, biarkan sahaja.