Tuesday, 24 March 2015

Ke Krabi Ke Kita eps 1

   Sebab aku morning person punya orang, dan nak tunggukan bas yg bawa trip mandi manda pulau. Maka aku ceritakan sikit pasal apa yg berlaku semalam.


  - Berlepas dari KLIA2 dan mengambil masa sejam 20 minit bak kata awek pakai skirt merah dlm flight tu, tapi sebenarnya aku tak kira pun berapa lama sebab aku percayakan awek tu bulat bulat. Penerbangan yang sangat tidak menyelesakan pada 10 minit terakhir bila nak landing sebab, sebab kau tengok luar tingkap nampak sayap kapal terbang tu bergoyang teruk jugak. Awek mat saleh tu dah pegang seat depan macam scene hollywood kapal terbang nak terhempas. Tapi alhamdulillah semua tu normal dan mendarat dengan selamatnya di bumi Krabi darul Awek Siam Lawa Lawa !



  - Perjalanan seterusnya dari airport ke hotel yang terletak di pekan krabi. Amek bus hodoh berharga 90 baht sehala. Excited la juga naik bas sebab aku suka tengok budaya orang. Orang yang naik motor tepi bas, bangunan tepi jalan, hatta budak kecik main tepi jalan pun aku khusyuk tenungkan. Sebab tu aku suka jalan sorang, aku suka memerhati. Kalau jalan dgn awek nanti mesti dia bengang kalau aku spend masa tengok luar tingkap banding dengan dia. Oh ya, kat siam wayar utiliti dia bersepah nokhorom. Aku tak tahu macam mana TNB dorang maintenance benda tu sume macam mana. Hahaha dan banyak masjid kat sini.



  - Sampai saja hotel, tukar selipar pakai sepender aku terus turun bawah. Bazir juga aku bayar duit hotel ni kann. Hmm kat area hotel ni ada satu kawasan macam uptown gitu. Tapi lebih kepada makanan dan buahan jela gerai gerai dia. Banyak gak pilihan makanan tengah hari kat situ. Ada je yang islam meniaga. Jadi aku try la makan situ, hahaha okay pertamanya teh ais dia rasa cincau dan kari ayam dia rasa macam tabur gula. Part paling best bila aku dah separuh makan, fuhh tikus besar pun cari makanan jugak kt bahagian sampah belakang gerai dia. Laju aku baca doa makan untuk elak sebarang musibah. Haha dan majoriti yang meniaga kt sini semuanya baka siam gred A, lawo nokhorom semua !



  - Habis makan jalan sekejap dan kemudian aku sewa motor untuk sehari, 250baht. Haha aku tak tahu mahal ke murah tapi pedulilah janji aku ada motor. Habis satu pekan krabi aku pusing cari mana petrol stesen dia, bangsat suka sangat bagi motor minyak dah E. 75baht kasi fulltank. Aku tak tahu murah ke mahal minyak dia, mampus muka dia la kalau semua nak berkira murah ke mahal. Aduhmakaihh kau ni. Haha selesai isi minyak, aku patah balik semula ke hotel. On wifi and then cari mana aonang. Dah dapat direction laju aku menyusur jalan krabi ke aonang. Oh ya, takyah beria sgt pakai helmet kalau kat sini. Nampak sgt kau ni pelancong. Hahaha dan kalau eksiden pun helmet cap ayam tu takkan selamatkan pun kepala kau. Aku buka helmet bila nak balik dari aonang sebab satu dah malam dan dua aku bawa laju, helmet tu menggangu pandangan aku. Satu budaya orang siam kat sini, dorang tak langgar lampu merah. Kat jalan kampung yang agaklah kereta kurang waktu malam, mat rempit dia steady tunggu lampu hijau baru jalan. Kahkahkah kalau kat malaysia dah lama dorang jalan time lampu merah. 



  - dari Aonang ke Krabi adalah dalam 15 minite juga kalau tak sesat, kalau sesat aku rasa makan sejam sebab kena pergi mekdi makan sana n usha wifi dia nak skodeng mana jalan ke pekan krabi. Haha malam krabi ni macam malam another pekan, pukul 9 dah sunyi sebab rata sini semua orang tempatan. Adalah pasar malam untuk kau usha usha, kedai buah tangan. Hmm okaylah bagi yang berkeluarga nak stay sini sebab kalau stay aonang, kena mabuk setable dua dengan mat saleh kot barulah aonang ! 

(Haha sepatutnya habis tulis pagi tadi, tapi dah nk habis boleh pulak orang nak bawa aku jalan jalan pulau jemput depan hotel. Maka tertangguhlah sampai sekarang.)





No comments:

Post a Comment