Wednesday, 25 March 2015

Ke Krabi Ke Kita episode 2


  Hari kedua !! Satu hari yang suntuk di atas pulau demi pulau sekitar krabi ni. Jadi, sebuah cerita tanpa gambar adalah sia sia bukan ?? Meh abang sertakan sekali gambar. 






  - tomboy siam ni yang bawa aku sebagai pemandu arah yang begitu bergaya sekali. Pukul 9.10 pagi, trip aku naik speed boat sebab pebenda laa naik long tail boat. Dah laa slow nokhorom pastu laut hari tu arus dia kuat gila dan bergelora teruk. So memang mabuk laut level yahudi la kalau kau nak boat slow tu. Tapi itulah, harga pakej aku 800 baht kalau compare dgn longtail tu baru 400 baht. Oh dan satu lagi, sebenarnya ada banyak pakej trip apa kau nak ambil, aku tak research pun pakej apa nak diambil jadi aku sebat jela pakej ni sebab ada snokerling. Ada four island, long island dan entahlah ada dua tiga pakej lagi.





  - First island dalam pakej adalah pulau jeju. Haha chicken island sebenarnya sebab ada batu tongkol besar yang serupa macam kepala ayam, dan dan terus dapat nama chicken island. Apa yang best ?? Ada satu pulau dengan satu pulau yang bersambung melalui batas pasir. Kalau air surut, memang digalakkan untuk keseberang sana dan aku pun galak ke sana sebab nak kencing. Beria cari toilet walhal boleh je kencing dalam air laut tu kan. Haha pulau ni paling ramai orang, termasuk gang bas sekolah bebudak thailand. Nampakkan pakai tudung ala indonesia punya tudung tu ?? Hahh itulah bebudak sekolah thailand. Kadang aku sendiri keliru dengan air muka dorang, nampak macam melayu tapi cakap siam. Okay next island please !!



 - aktiviti seterusnya adalah snokerling, yang aku amat amat tak galakkan kau untuk ambil. Hmm nak tengok ikan, baik pergi aquria klcc sana je. Takde apa pun nak dilihat disebalik batu batu tongkol sana. Takde gambar sebab aku mabuk laut teruk. Hahaha sampai ke pulau poda pun aku masih dlm keadaan mabuk laut, nasib tomboy tu bagi ubat apa entah, tidur sekejap kemudian okay dah. Poda island ni lawa gila. Pasir putih, background dia superb kalau nak ambil gambar. Rasa tenang je kat situ. Mat saleh banyak baca buku sambil santai je kat sini. Patut banyak gambar aku boleh ambil, tapi itulah dah tersadai nak buat macam mana yedak. Gambar gogle pun jadi la kan.






  - Hentian terakhir adalah Railway beach, bukanlah pulau cuma sebahagian pantai kat krabi. Dengar cerita tempat ni port rock climbing, tapi aku tak nampak pape pun. Tak la berapa best banding pulau Poda tu sebab sisir pantai dia kecil sangat. So memang berhimpit la orang nak lalu lalang situ. Hahh air laut kat pantai ni tenang gila, sesuai la sangat nak mandi manda kot kot kau mengidam kan. Aku tak mengidam, habis hitam kulit aku nanti. Aku asyik usha mana pokok nak port kasi tak kena matahari okay. Kat pantai tu ada gua, tempat buat hajat kata tomboy tu. Sebab aku islam ada tuhan, so aku tak melawat pun gua tu. Aku cuma melawat toilet dia sebab tak tahan lagi nak kecing. Habis semua pukul 3 petang. Aku pun dah tak ingin nak naik bot lagi, memang rasa nak balik bilik hotel dan mandi cuci kepala semua. Rest in peace la kalau nak bot panjang slow nak mampus tu. Aku dok ketawa je tengok bot tu slow tapi terpaksa gagahkan juga nak lawan arus pasang laut yang kuat gila tu. Abang tenang tenang naik bot dua enjin. Fuhh berdesup macam pelesit !!



   - Tuk Tuk kat area pantai aonang. Macam dalam cerita Cars tu kann ?? Hahaha transport nak balik hotel, naik tuk tuk je. Dapatlah layan cuci mata tengok panorama krabi bila naik tuk tuk.



   - Kampung kat sini scene dia macam kampung kita je. Sebenarnya aku tak pasti berapa ramai kapasiti penduduk islam kat sini, sekejap sekejap jumpa masjid. Rasa pelik pulak ada, kalah kat malaysia. Aku ada solat kat masjid dekat aonang, besar masjid dia tapi itulah macam terbiar je. Tak tahulah masjid tu baru buat atau memang takde orang nak sembahyang dah.


  - Penutupnya aku ingat nak usha emerald pool yang femes tu. Rasa sempat lagi balik hotel terus start motor cari kolam tu. Tapi rupanya dah satu hari dah aku sewa motor tu dan flight aku esoknya awal pagi, takut tak sempat nak pulangkan kalau dia dah tutup kedai. Jadi aku layan jela destinasi bajet punya episode dia pergi krabi, bolehlah aku kencing orang cakap aku pergi situ. Hahaha banyaklah tempat menarik lagi. Tapi tu laa, takde maknyah. Bosan !
















1 comment: