Tuesday, 10 March 2015

Ali dan Aminah (Getback)

   "Kenapa someone tu getback ke ex dia semula walaupun dia tengah bercinta dengan orang lain eh sayang ??" tanya lagi Aminah.

  "Aikk ?? Ex siapa pulak ni..setahu i u takde ex pun.." soalan Aminah yang merungsing Ali sekejap. 

  "Member i laa sayang..borak dengan dia lepas tu dia cakap dia tengah berbelah bagi antara ex dia or bf dia..ex dia datang cari dia semula.." Aminah menjelasakan isi yang tersirat dari persoalannya tadi.

   "Ohh macam gitu eh..hmm ni mesti member you still marah kat ex dia lagi kan.." jelas Ali.

   "Err dah kenapa pulak marah dengan balik semula ke ex ni sayang ??" Aminah blur sambil melihat indikator minyak kereta Ali dah berkelip, "sayang minyak dah nyala tu.."

   "Bendanya simple je, manusia marah seseorang tu sebab dia ada rasa sayang ke orang tu..tapi bukanlah marah jenis you maki driver cilok depan you time jam..marah tu cuma seminit dua je..ni marah yang pendam punya..banyak yang tak moveon sebab dorang still lagi marah dgn ex dorang dan pura pura tak hadap ex dorang..dan part yang paling menyedihkan, bf dia sekarang umpama bantal tempat dia tekup muka sekadar nak lepaskan sedih nangis dia..sampailah si ex tu datang slowtalk pujuk janjikan bulan bintang dan seantero galaksi, haha perempuan mana tak cair dgn janji lelaki ni sayang ?? Then dia akan tinggalkan bantal yang tadi tu sebab dia dah behenti marah ex dia dah behenti menangis..see ?? Selagi you marah dengan ex you, selagi tu you tak pernah pun moveon..menaya orang je member you tu.." Jelas Ali panjang lebar sambil berusaha nak ingatkan mana susur jalan ke pam minyak.

   "Ohhh okay i faham situasinya, so sekarang ni you still marah lagi ke ex you ??" sinis Aminah.

No comments:

Post a Comment