Tuesday, 10 February 2015

Ali dan Aminah (Cerai)

  Tengah hari itu jam teruk, yang kelihatan hanya haba bahang yang seakan membakar bumbung kereta dihadapan mereka. Ali menatap Aminah disebelahnya, wanita yang dia cinta leka merapi kuku. "Sayang, dah berapa ramai member you bercerai..yela mana yang kahwin muda semua tu ??", Ali mencelah. "Hahhh ?? Cerai ?? Ada tiga orang yang i kenal cerai dah..yang you kenapa dah tanya soalan macam ni ??" Aminah dengan nada yang sangat ingin tahu, benda apa yang pakwe dia ni fikirkan.

 Pertanyaan balas berserta kerutan dahi Aminah hanya sekadar mengundang tawa Ali "hahaha yang you beria serius sangat ni why ?? I just nak tanya je sebab semalam lepak dengan member i, ada juga member sekolah yang dah lost contact bercerai dah dorang cerita. Itulah bila dah lepak dengan dorang, masing masing buka cerita sana sini ya Allah barulah i tahu semuanya. Rasa sedih pulak i bila tahu walhal tiga tahun dulu i dengan member semua pergi majlis dia. Cepat kan masa ni berlalu" Ali cuba menjelaskan isi tersirat akan persoalannya tadi.

  "Laaa siapa tu sayang yang bercerai ?? I kenal tak member you tu ?? Entahlah sayang. Cerai tu dah jadi perkara mainan pulak sekarang ni kalau you perasan. Agaknya ni laa silap bila semua berlumba nak kahwin muda. Nak kahwin pun senang mak bapak tanggung segala. Last last jumpa dua tiga masalah selepas kahwin, cerai. Yela sebab segalanya mudah, macam tu juga jalan keluar bila ada masalah. Dipermudahkan dengan bercerai. Tak faham la i budak budak sekarang. Hahh siapa kawan you tu ??"

 Ali pula yang berkerut, jarang awek dia serius berbicara persis tadi. Dah kenapa perempuan ni fikir Ali. "Hahaha you tak kenal laa, member zaman masa i dengan ex i. Mybe ex i kenallah dia kot". Cubaan Ali untuk bergurau hanya disambut dengan satu cubitan padu dan volume radio dinaikkan ke paras berjaga jaga. Jam masih lagi teruk.

No comments:

Post a Comment