Sunday, 15 February 2015

Ali dan Aminah (Cinta Tak Perlukan Duit ??)

  "Betul ke sayang cinta ni tak perlukan duit ?? Nak kahwin sekadar perlukan cinta sahaja ??", Aminah tatkala dia sedang menggulung susur masa twiternya.

  "Hahahaha kenapa you tanya ?? You rasa ??", Ali  terhibur betul dengan persoalan kekasihnya sepintas tadi. 

  "Ingin tahu jee sayang..terperasaan ada yang retuit kata cinta tak perlukan duit..apa pendapat you..beritahulah cepattt".

 "ya ya sayang i explain, you toksah laa nak serius sangat. I rasa hanya ada dua jenis golongan yang berpegang pada idealogi cinta tak perlukan duit tu..pertama budak sekolah dan kedua budak yang terlahir dalam dulang emas..bagi manusia dewasa normal macam kita yang terikat pada hutang, yang kena buat overtime untuk leraikan belenggu hutang tadi..cinta dan kahwin perlu berpaksi pada wang..kita tak boleh hipokrit kata cinta tak perlukan duit walhal nak honeymoon tu sendiri perlukan duit..lagi pun berapa ramai yang dah bercerai sbb kekangan wang..yela mybe tak adil nak cakap bila divorce tu sbb duit, tapi kita kan dewasa sayang..rasanya kita berdua lebih masak benda macam ni banding dgn budak sekolah..so i memang tak pernah ragu cinta tu perlukan dia..sebab kalau tak perlukan duit, mesti bapak you beria nak kahwinkan kita free free aje..hahahahaha" Ali gelak besar sambil terfikir wahh best juga kalau cinta tak perlukan duit ni.

  Aminah bangsa yang mudah terhibur turut turun sekaki tumpang ketawa dan kemudiannya "so bila you nak jumpa family i ??". Soalan killer, Ali seperti berada di sauna. Tammat

1 comment: