Monday, 11 August 2014

Ali dan Aminah (Jatuh Cinta)

  Entah apa yang kelakar sangat sampai mereka bergelak sakan dalam kereta Ali yang masih berhutang bank 5 tahun lagi itu. Mengalir air mata Aminah dek kerana ketawa tak henti yang mana aku sebagai penulis pun masih tiada idea apa benda yang kelakar sangat mereka bualkan, gila barangkali. Tatkala mereka masih ketawa, kereta yang tak seberapa gah itu gagah menyusur jalan dicelah bangunan lama untuk mencari gerai makanan yang sering disebut gang gang Aminah. Aktiviti mingguan mereka, mencari tempat makan yang sering disebut sebut orang ala jalan jalan cari makan.

  Akhirnya Aminah mencelah disebalik ketawa mereka dengan satu soalan yang agak cliche, "you..kenapa you jatuh cinta ke i eh ??". 

  Ali tersengih, apa punya tak mencabarlah soalan sayang aku ni tanya terngiang didalam otaknya. "Hmm entah sayang, Allah gerakkan hati i nak cintakan you..agaknya sebab itulah kot sayangnya." Jawapan ringkas Ali saja nak menyakat Aminah. 

   "Hmm yela sayang yela..i ingat you boleh bagi jawapan romantik sikit ala drama tv tu..tapi you dah cakap macam tu i redha jela you." Celah Aminah dengan nada yang agak perlahan. 


    "Hahahahaha" Ali seperti disampuk, ketawa tak seberapa ikhlas itu hanya untuk menaikkan mood cinta hatinya semula sahaja. "I takleh nak detailkan why i jatuh cinta dengan you laa sayang..tapi ada something kat muka you yang buat i sentiasa rasa tenang..itulah i dah cakap i takleh nak explain, mesti you dah lagi blur kann." Pening kepala Ali sebab tak tahu dari mana sepatutnya ayat dia patut dia mulakan.

  "Haha yela sayang yela i tak tanya lagi dah..bagi i cukuplah yang you cintakan i sekarang dan sampai bila bila..mulanya kisah kita dulu tak sepenting mana pun." Aminah pulak yang cuba menenangkan Ali, pelik.

   "Hmmm i dulu kan bila pandang muka ex i, i tak rasa apa apa sangat taw walaupun i cintakan dia..i just pandang and okay teruskan kehidupan i..i takde jawapan kenapa benda tu jadi macam tu sayang..tapi dengan you lain, bila i pandang wajah you i akan okay i nak pandang lagi..hahaha i suka sangat sebab semacam nampak cahaya..ianya sangat sangat menenangkan i you know..hmmm tu jee alasan kenapa i jatuh cinta dengan you dulu..bab lain tu lagi mendalam untuk i explain kan sampai i tak tahu ayat yang patut gunakan untuk jelaskanya sayang." Ali cuba menyusun ayatnya supaya apa yang dia rasa dia dapat luahkan. 

  Perbualan tadi terhenti seketika sebab kat depan mereka ada roadblock. ( Sebenarnya aku ada kerja lain, cukuplah kisah mereka sampai disini dulu..haha )

No comments:

Post a Comment