Tuesday, 5 August 2014

Ali Dan Aminah (Ex Girlfriend)

  Aminah tersenyum melihat lelakinya yang terlalu leka mencari sesuatu menggunakan anset dia, terdetik dalam hati sejuk sungguh rasanya bila menatap seraut wajah lelaki idamannya itu. "Sayang sayang, mana gelfren lama you pergi ?? I pelik laa bila i tak rasa nak lepaskan you but why someone lepaskan you pergi ehh ??" Tanya Aminah tatkala Ali sedang kusyuk meng gogle.

  Diletakkan iphone buruk itu ke pehanya, ditarik nafas dua harakat dalam dan dihembuskan dengan satu senyuman. "Entahlah sayang, dia cuma rasa ada lelaki lain boleh jaga dia lebih baik dari i mampu jaga dia, then dia buat keputusan yang itulah sebaiknya untuk i dan dia sayang", jelas Ali yang cuba meringkaskan episod cerita cinta dia dalam satu nafas sahaja. "I tak pernah putus cinta so i tak tahu sangat, sakit sangat ke you masa you putus dulu ??" celah Aminah setelah Ali menoktahkan jawapannya tadi. "Sakit sangat sangat sayang, i rasa macam dunia ni melawan i melawan kehendak i yang masa tu i nak jaga dia and i harap i boleh hidup dengan dia sampai i mati. Hari demi hari i hidup dalam kesakitan dicelah senyuman i ni hahh sayang. I rasa masa tu macam you gagal ujian tapi you tak dapat sebarang jawapan why you gagal. You rasa tergantung tanpa sebab. Lagu putus cinta lagu makan dalam semua tu you akan rasa sangat bermakna dan liriknya semacam you yang tulis berdasarkan apa yang you tengah lalui masa tu" jelas Ali lagi yang mengundang air muka kecewa Aminah

  "Dalamnya cinta you ni, i ni pengacau ke you ??" pelahan Aminah mencelah. Ali ketawa melihat reaksi spontan wanitanya, "hahaha pengacau ?? You adalah jawapan yang i hilang selama ni. Jawapan why i gagal dahulu. I tahu Allah takkan sia sia kan hamba Dia tapi i lost masa tu memikirkan benda yang jadi masa tu. Then you muncul dan macam puzle bersepah kat lantai then kita susun perlahan lahan, satu persatu semuanya semakin clear kenapa dan i nampak kenapa semua tu berlaku. You adalah segalanya untuk i sekarang sebab you mampu buat i tak rasa i ada kehilangan perkara dulu. Allah kan akan gantikan sesuatu yang lebih baik bila Dia ambil sesuatu itu dari kita. Yes i percaya i dah dapat yang terbaik dalam hidup i." Ali seperti ahli politik yang cuba menjual manifesto cinta beliau yang akhirnya mengundang kemerahan pipi si Aminah. Aminah yang kelihatan sangat gembira dicampur secubit kekok cuba mematikan perbualan itu "sayang, wayang kita dah start..hall tiga dah nyala lampu dia..jom masuk sayang..hmm i love you so much sayang." balas pendek Aminah membuatkan mereka berdua meninggalkan seat menunggu diruang tengah TGV itu, "i love you so much too sayang."

No comments:

Post a Comment