Sunday, 31 August 2014

Ali dan Aminah (Mistake)

  Aminah dan Ali termenung sebentar ketika sedang santai dikerusi mall dek dihambat kepenatan berjalan sepanjang hari, seolah ada malaikat melintasi mereka dan buat mereka tak berkata apa.

   Tatkala malaikat tu dah ke tempat lain seraya itu Aminah mencelah "sayang..you tahu tak ?? Member i semalam bebual dengan i dan dia cakap yang dia dah putus dengan bf dia..dia cuma cakap kat bf dia yang dia rasa bf dia lagi layak dapat wanita yang lebih baik dari dia......". 

   Belum sempat Aminah noktahkan kata kata dia Ali menyinggah perbualan Aminah dengan ketawa "hahahaha serius ke sayang member you cakap macam tu ?? Tapi you mesti tahu lebih dari apa yang bf dia tahu kan..i agak sebenarnya member you tu dah jumpa someone untuk ganti bf dia bukan ??" Ali mengecilkan matanya sambil menjeling ke Aminah dengan harapan telaannya betul. 

   "Ehh macam mana sayang boleh tahu ni ?? Psikiknya sayang ni..haha aahh dia jatuh cinta dgn officemate dia sayang" jawab Aminah sambil tersenyum.

  "Manusia laa sayang..cinta ni umpama macam kita pandu kereta..katakan you bawak proton wira and one day you ada kesempatan bawa honda civic pula..then masa tu la yang you decide bahawa kereta wira you tu layak dapat owner baru yang lebih baik dari you..hmm walhal bukanlah sebab wira tu sebenarnya layak dapat owner yang lebih baik, tapi sebab you yang dah dapat someone lebih baik dari dia sebenarnya." Balas Ali cuba menerangkan lagi telaan nujum pak belalangnya. 

  "Betul juga apa yang you fikirkan tu hmm..dan maksud you kat sini maybe i dengan you dengan kemungkinan yang suatu hari nanti akan berjumpa dengan kereta baru dan youu serious ke you ?? Why nak kena macam tu ?? I taknak hilang youu..apa benda ni youu" jawapan Ali semakin merunsingkan Aminah. 

   Ali tenang sambil melihat couple silih ganti yang lalu lalang didepan mereka sejak dari tadi. "Persoalannya bukan pada kereta, tapi pada owner kereta tu" Ali cuba merungkai code yang menyerabutkan pemikiran Aminah dengan memberi bayangan yang paling nyata untuk jawapannya.

  Aminah cuma membalas dengan penuh perasaan ingin tahu "maksud you ??".

  "Cinta tu you ibaratkan time you susah you kemana mana dengan wira you tu aje..you tak pernah komplen apa apa pun awalnya sebab bagi you wira you laa yang terbaik you ada..tapi mungkin kita dilahirkan dengan genetik tak pernah bersyukur kot, so hari demi hari bulan berganti bulan walhal wira tu takde apa pun masalah tapi you rasa ekonomi you makin mantap dan why you tak try drive test kereta baru ?? Maksudnya you cuba bermain main cinta dengan laki lain sebab bagi you ohh okay cuma drve test je ni..maka kat situlah mistake you bercambah..radio, aircond, seat apa benda laa sume yg ada to dalam kereta baru tu buat you rasa dah masanya you lepaskan kereta wira lama yang radionya masih guna kaset you tu..maka akhirnya you gunalah kata kata keramat 'awak kereta wira, sebenarnya awak lebih layak dapat pemandu baru yang lebih baik dari saya'..see ?? Bukan salah wira tu tapi sebab kehendak kita sendiri..selagi kereta tu tak bermasalah, tak salah bukan kalau kita bersyukur dan cuba untuk setia walaupun kita sebenarnya ada kemampuan untuk cari kereta lain. So kat sini akan ada yang akan setia ada yang akan cari lain. Macam i contoh, i setia dgn you sebab bagi i you lambogini i..you takde tolok gantinya.." Panjang lebar 800 harakat Ali jelaskan dan kemudian dia memalingkan wajah dia ke muka Aminah. 

  Aminah "you sory........my mom wasap i tanya pasal tudung tadi..you yang last sekali tu you cakap pasal apa eh..i dengar pasal wira wira je tadi..alaa sayangggg mak wasap tadi sayangg."

  Maka jerih Ali cuba memetaforakan situasi itu hanyalah sia sia belaka. Kedua mereka berlalu pergi dan hari itu semua kos duit wayang dan makan keluar dari isi perut purse Aminah dek kerana cuba memujuk Ali.

1 comment:

  1. so sad..
    manusia..
    perasaan boleh berubah..
    walau dr awal kata setia..
    kata nk pertahankan..
    oh sgt menusuk plk post ni..huuu

    ReplyDelete