Tuesday, 15 July 2014

Ali Dan Aminah (Takdir)

 Ali termenung jauh, jauh sangat sehingga kacauan Aminah mengolok olokkan tangan dia dihadapan muka Ali tidak mendapat respon dari dia. Anak matanya masih kecil seolah cuba merungkai misteri yang tersangat dalam. Tepuk Aminah " heeyy sayangg, kenapa jauh sangat sayang pergi ni hahh ?? i ada lagi kat sebelah you ni..apabenda laa yang you menungkan tu ?? Haisshhhh ". Tersedar dari lamunan alunan seribu misteri Ali " Ehh apa ni sayang, terkejut i...nasib i takde penyakit jantung mudah terhibur, mau dah sakit jantung mati tadi " balas Ali. Kedua mereka ketawa kecil kemudian Ali menghentikan ketawa mereka tadi dengan menghembus panjang nafasnya dan mereka kembali serius.

  " I tadi dok fikirkan something yg agak menggangu i, kemana hala tuju kita ni eh sayang ?? Apakah kita ini ada dalam perancangan Allah swt apakah hubungan kita ini yang sebenar benar tertulis kat luht mahfuz sana eh sayang ?? ". Tanya Ali tak lama lepas mereka ketawa kecil tadi. Aminah seperti biasa, wanita tenang yang penuh dengan jawapan. Air mukanya ayu jernih tersenyum seolah cuba menenangkan kegelisahan Ali.

" Jauhnya sayang i ni fikir, ingat galak fikir dari tadi kat mana nak bawak i makan sebab i lapo sangat dah ni ". Jawapan ringkas Aminah cuba membuat Ali senyum kambing. " Sayang ", sambung Aminah lagi. " Rahsia Allah itulah rahsia terbesar dalam hidup kita, otak kita takkan mampu merungkai misteri jodoh kita sayang andai kata kita dah bercinta bertahun lamanya pun. Boleh sahaja esok lusa i tenat dan sayang jatuh cinta dgn nurse yg jaga wad i nanti. Andai Allah gerakkan hati sayang maka itulah takdirnya sayang. Allah kan berkehendak ke atas sesuatu yg Dia hendak. Dia takkan jadikan sesuatu itu sia sia walaupun mungkin masa tu kita dah tak sependapat seperti hari ni lagi. Kita cuma boleh redha dan teruskan hidup kita sayang. Dah laa sayang takyahlah fikir dalam sangat, baik fikir kat mana nak bawa i makan sebab penat sangat berjalan dari tadi ". 

 " Macam manalah gayanya kalau kita tahu suatu hari nanti yang ini bukannya takdir kita bukan jodoh kita kan sayang..i harap hari itu takkan pernah wujud supaya i boleh fokus hidup untuk u dan kerja i aje..dahh jomm surau lepaskan asar dulu then i blanja u mamak ehh intanku Aminah sayang hati saya..hewheww ". Seloroh Ali mengajak kekasihnya pergi dari bangku yang telah lama panas menampung beban punggung dua kekasih itu dari tadinya. 

 " I pun harap benda yang sama juga sayang, biarlah ia bermula dan mati kita berdua itulah penamatnya..terlalu banyak tekanan untuk kita nanti..macam tekanan why always mamak hahh ?? U ada moyang belah india ke sampai cinta ikat mati sama sume mamak ni ". Perbualan yang agak perlahan awalnya kelihatan panas dan akhirnya disudahi dengan gelak tawa mereka berdua yang meninggalkan kerusi didalam sebuah mall yang penuh dengan nostalgianya.

 Kisah ini memori itu masih jelas didalam benak otak Ali walaupun tiga tahun perbualan itu sudah berlalu. Hanya kerusi itu yang mengingatkan dia akan kisah sebuah takdir dari seorang kekasih yang telah tiada. Tak sangka seloroh Aminah itu rupanya berisi. Pergi dia meninggalkan Ali yang masih meneruskan misteri jodoh hidupnya. Bak kata arwah andai Allah bukakan hati dia untuk wanita lain, ia pasti akan berlaku diatas kehendakNya. Tapi sehingga Ali selisih meninggalkan kerusi itu, dia tahu hatinya masih terkunci untuk Aminah. Hatinya terusik, apakah arwah itu jodohku dan mungkin esok lusa giliran aku dijemputNya pula. Kehidupan masih lagi kekal misteri sampailah kita menghembus nafas terakhir. Hargailah setiap masa yang ada.

No comments:

Post a Comment