Friday, 25 July 2014

Ali Dan Aminah (Setia)

  "You", Aminah memecahkan kesunyian didalam kereta yang leka dipandu Ali. "Ya sayangku, kenapa ya you ??" Petah Ali tatkala fokus memandang cermin side mirrornya. "You, macam mana setia tu eh. Sampai tahap mana kita sepatutnya perlu setia antara satu sama lain eh ?? Ada limit ke setia tu ??".

  Sekilas Ali senyum memandang wajah ayu Aminah yang kelihatannya runsing menunggu jawaban Ali. "Ya sayang saya, you nie tanya soalan yang terlalu subjektif taw..btw i akan cuba jelaskan apa yang i faham laa pasal setia ni..hmm setia ni kalau bagi i ia terletak ditempat paling atas antara ego marah suka benci bahagia..you boleh hapy dengan kawan kawan lelaki you, tapi you kena letak setia tu lebih lagi..jangan biar ia rapuh kerana you hapy seketika dgn lelaki itu..dan yang paling penting setia bila marah, kita bergaduh kita berselisih kita membenci bila semua tu berlaku..tapi percayalah berbaloi untuk kita berdua setia saat itu..kita cuma manusia yang akan buat mistake demi mistake sebab kita tak sempurna dan sebahagian dari you pun masih i tak dapat nak hadam lagi..jadi anggaplah seperti api, kalau i dgn you takleh padamkan then biarkan ia malap sendiri..kita biarkan rindu yang persis karbon dioksida menyelebungi amarah tu sayang..biar ia matikan api tadi dan percayalah diakhirnya kitalah pasangan yang paling bahagia bila rindu itu membuak dan setia itu masih ditempatnya lagi..maka bagi i itulah erti setia..apa pun jadi, kita tahu itu semua berlaku sebab kesilapan kita dan kita cuma perlu berlajar memahaminya lagi sayang dan yang penting kita belajar supaya kita tak bodoh untuk ulangi benda yang sama dan akhirnya akan merosakkan setia itu". Air dihirup dari lubang kecil straw memberhentikan syarahan Ali untuk membasahkan tekak Ali yang kekeringan dek bercerpen tadi.

  Aminah tersenyum, kepala disandarkan dibahu Ali yang agak kurus itu. "I tahu, i tak pernah silap bila pilih u sayang..andai kalau esok lusa i marah tak tentu pasal, i harap u masih ditempatnya yang i boleh cari lagi bila semuanya reda eh sayang..i akan setia dengan u menaiki bahtera yang u layarkan dan kita bersama meredah lautan alaaaaa you i tak pandai nak berkias bagai laa sayang". Sudah Aminah diselangi ketawa mereka berdua didalam kereta itu. "Ya sayang, i akan sabar setia dan cinta i terlalu dalam untuk you, tak mungkin marah you mampu korek dalamnya cinta i dan merosakkannya" balas Ali yang dibalas semula Aminah "hamboi habis potong kaki laa i layan ayat ayat manis you ni". 


No comments:

Post a Comment