Saturday, 26 July 2014

Ali dan Aminah (Resah Ali)

 Ali sepi seperti patung dibalik kaca. Sepinya itu mengganggu Aminah yang sedang kusyuk makan di restoran mamak. "Sayang......sayang buat hal lagi ni, why mengalamun ni sayangg ??".

   Ali seperti mati. Bengang si Aminah dikunyahnya air batu sehingga hancur dan di ditembak air batu tu menggunakan straw mengenai Ali yang akhirnya berjaya membuat dia hidup kembali. Sinis Ali memandang Aminah lalu "saje jee kan nyakat i..huhh".

 Senyuman melirik manis Aminah mana mampu buat Ali marah lebih lama dari dua milisaat, umpama api sebesar dihujung mancis dicampakkan air sepenuh baldi untuk memadamkannya. 

   Ali memandang wajah Aminah dengan penuh minat lalu ditanya "apa yang i tertinggal tadi eh sayang ?? Hahaha sayang boleh repeat tak soalan tu". 

   Muka Aminah berkerut dipalingnya pandangan dari Ali "i tanya apa yang dok fikirkan tu hahhh ??"

  Ali menyedut air neslonya sedikit sebelum menjawab soalan Aminah yang pending tadi. "I fikirkan diri i yang dululah sayang, before you kan you tahu i ada yang lain. Yang i pernah gagal dulu. I just berfikir banyak yang dah berlajar sejak i putus dulu sayang". 

   "Ohhhh dok fikirkan ex dia lagi rupanya eh, tak move on lagi ke hahh sayang ???", gertak Aminah. 

  "Haihh sayang i ni ke situ pulak..bukan pasal move on sume tu laa sayang..cuma benda ni lebih kepada individual i ni jee..mistake yang i buat dulu apa semua and i cuba pastikan mistake tu i tak buat dengan you sebab i tak sanggup nak kehilangan you sayang". balas Ali tertunduk entah tanpa sebab. 

  "Alala apa sedih sedih sayang i ni..mehh story dgn i apa silap you dah buat dulu dgn ex you tu..kita sama sama fikirkan baik buruknya eh sayang". Pujuk Aminah yang ketawa kecil melihat gelagat lelaki kesayangannya itu.

   "Dulu i sibuk dengan dunia i sayang, ekonomi i teruk tak semacam sekarang..i selalu juga stress and kadang benda tu buat kita lupa semua apa yang kita ada..kadang perkara kecil yg boleh buat ex i happy i abaikan..so kalau sikit sikit i abaikan i think dia pun akan perasan and tawar hati kat i..hmmm i think itu laa benda paling berguna untuk i belajar sayangnya bila i putus dan bila i dengan you sekarang, i akan sehabis baik mungkin jaga you dan takkan abaikan walaupun benda sekecil you tanya sama ada nak guna garfu atau sudu untuk makan kek tu". Balas Ali sambil memandang jauh ke luar restoran. 

   "I see your problem sayang..dah dah dah jangan dok fikir deep sangat sayang..walhal benda ni kan lebih kepada perihal jodoh kita mungkin..umpama set lego mainan tu, ada yang tak ngam antara satu sama lain dan you tahukan sia sia kalau you usaha sehabis baik you nak lekatkan dua lego tu walhal you tahu hakikatnya tapak dia berlainan jenis..bila dia tak boleh memahami you dia umpama lego yang berlainan set..dia tak boleh nak fahamkan situasi you maka dia tak boleh nak suport you dan lego tu akan collapse..cuma masa je sayang yang menjadi isunya..dont wory sayang, im always ada untuk you sayang walau susah senang pun you nanti..kita berdua kena makesure kita takkan sesekali selfish dan always letak sayang dan i lebih atas dari segala masalah yang mendatang..insyaAllah we will survive sayang". Jelas Aminah sambil berseloroh. 

 "Bila i boleh bebual everything with you sayang, i dapat rasa asas perhubungan kita makin kukuh..macam lego kita datang dari satu set yang sama dan kita susun pasang suai sehingga tak ada apa boleh yang memecahkannya..haha i love you sayang sebab always suport i dan paling penting sentiasa ada jawapan yang munasabah untuk melegakan hati i", hujah Ali yang lega dengan setiap penjelasan Aminah bila dia sendiri tak dapat merungkai misteri persoalan yang bermain didalam otaknya. Maka dua sejoli itu menghabiskan masa sejam lebihnya didalam restoran mamak itu, hanya kerana Ali hendak download game dia. Dasar penyedut wifi tegar !!

No comments:

Post a Comment